Saturday, November 7, 2009

Bantu lah

Asalamualaikum semua anak cucu nenek tersayang!
Bersyukurlah dengan kehidupan kita yang baik.
Jangan lah kita memandang kehidupan orang lain yang lebih selesa tapi pandanglah orang yang lebih susah dari kita.kita akan lebih bersyukur insyaallah.

Kat kampong nenek ada satu mamat ni baru balik dari pusat pemulihan dia adalah seorang penagih tegar!
sebenarnya mamat ni selalu keluar masuk.dan kalau dia balik kampong, nenek akan berhati hati dan akan curiga bila barang hilang.satu sifat nenek yang tidak boleh dimaafkan. dan ada ramai lagi orang orang yang bersifat keji macam nenek!

Mamat ni kerja dia asyik keluar masuk pusat aje. kalau dia ada kat kampong mula lah barang hilang. atau adakah itu hanya perasaan nenek sahaja?. kerana mungkin nenek tak berapa berkira sebenarnya tapi bila mamat ni balik nenek sibuk mengira barang.
Risau barang hilang. Sungguh tidak mithali nenek ini. Nenek sekarang dalam keadaan insaf dan menyesal!.

Berlainan pula dengan tok janggut, bila tok janggut tahu aje yang mamat ni balik dia terus pergi ziarah. nenek sangat rasa rendah diri dan malu. Sungguh lupa diri nenek ini!.

Masa pertama kali ziarah tu tok janggut kata, mamat ni kata dia sebenarnya dah serik dan nak berubah tapi orang kampong pandang serong pada dia. Nenek tunduk bersalah kerana nenek juga begitu.

Tok janggut kata, mamat ni betul betul nak berubah sebab dia suruh tok janggut ajar solat. dan tok janggut kata dia ikhlas sebab Allah tunjukkan keikhlasan dia pada tok janggut.Tok janggut ternampak dia menitiskan air mata atas sejadah. tok janggut terserempak dia di bandar membeli sejadah dan songkok. Dia juga tekun belajar. tapi tok janggut kata dia belum sesuai lagi untuk di bawa keluar 3 hari.

Mamat ni kata sekarang dah ada ubat yang menghilangkan ketagihan. Ambil kat hospital. percuma! tapi kena isi borang dan masuk program dia la!. Ubat ini tidak menyakitkan!.

Pusat zakat juga telah berjanji untuk memberi pagar dan ayam untuk dia menternak ayam kampong!.

Nenek sungguh insaf dan menyesal kerana sangka buruk. Nenek tahu nenek kena minta maaf!. nenek kena juga minta maaf! nenek kena minta maaf dengan memberitahu apa yang nenek sangkakan itu!. nenek kena buat juga sebelum terlambat!. Memang nenek malu tapi nenek kena buat juga!. Nenek kena minta maaf jugak jugak!

tak elokkan nenek perangai macam gitu!

No comments:

Post a Comment