Friday, May 14, 2010

3 dara pingitan dalam drama kehidupan

Asalamualaikum
Semoga kehidupan kita dalam redha Allah

Pada satu hari sedang nenek duduk duduk menghayati kehebatan Allah pencipta alam,telinga nenek tertangkap 1 perbualan yang agak unik tapi nenek tidak menoleh kerana takut takut mereka terperasan.kira nenek cuma tripplekan sound capture ability.wujudlah perkataan tu! cuba google!
Ada 3 suara yang berbeza yang menandakan ada 3 gadis sedang bersembang.
Nenek namakan suara pertama sebagai siti.suara kedua sebagai leha dan suara ketiga sebagai Nor.Dialog mereka sangat best.

siti- leha,ko dah ada pakwa

leha- Tak ada!. buat apa! bukan boleh kawin dengan dia pun!

siti- Haah kan,kalau bercinta sakan pun bukan boleh kawin dengan orang yang kita suka.

leha- Tu la! kat U aku, ada je jejaka handsome ngurat aku.Ikut nafsu nak juga aku couple. tapi aku ikut hati!he he he

siti- Bukan ikut hati mati ke?

leha- ikut hati bukan ikut perasaan!. eh...jap. aku dah konpius dah.ah.. lantak lah yang penting aku tak boleh bercinta,pasal kalau aku bercinta pun bukan aku boleh suka suka kawin dengan pilihan hati aku.aku kena dengar cakap bapa aku.

nor- kenapa? kenapa tak boleh bercinta?

siti- haah! aku pun macam tu juga!.Muka aku pun kira katagori cun juga kan, so banyak juga lah yang ngurat aku tapi aku bagi 1 ayat power yang buat dia orang menyesal ngurat aku.Aku cakap "aku pun suka kat ko gak! ko handsome! tapi aku tak boleh bercinta dengan ko.pasal kalau aku bercinta dengan ko, buang current aje.belum tentu aku boleh kawin dengan ko.aku kawin dengan orang yang bapa aku suka.Bapa aku pula nilai calun menantu ikut sejauh mana dia dapat amal suruhan Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh rasullullah dan diikuti oleh sahabat sahabatnya.
Kalau ko nak aku,ko jumpa bapa aku.kalau dia bagi green light kita nikah lepas tu kita bercinta lah.nak tak?
terkedu mamat tu!

nor- tak boleh bercinta ke?

siti- nor,patutnya sebelum nikah kita tak boleh bercinta dengan lelaki bukan muhrim kita!.haram!

nor- Ooo tak boleh ke!

leha- berani betul ko ti! aku ingat aku pun nak buat macam ko lah!.susah juga kalau terlebih lawa ni, rimas asyik kena ngorat aje

siti- ek eleh perasan lawa!

nor cuma gelak dan mereka sama sama gelak!

oleh kerana nenek dah penat duduk dengan tak mengubah posisi, nenek pun bangun dan beredar dengan perasaan ingin menoleh.nenek nak tau sangat adakah dia benar benar lawa! tapi nenek tak berani menoleh takut kantoi!

Nenek syak siti dan leha adalah anak karkun!

4 comments:

  1. Assalamualaikum nek..hehee..
    sejak bila la nenek jd spy ni??
    siap wat hypothesis lg tuu... agk2 nenek.. umu ank karkun ke x??hahaa

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam umu
    he he he nenek tak dapat control perasaan ingin menyepai sebab perbualan mereka sungguh menarik minat nenek.
    nenek dah lama syak umu anak karkun!

    ReplyDelete
  3. aslmkm..

    hehe.. semangat nenek pasang telinga kat perbualan wanita terakhir beriman di akhir zaman zaman tu..

    saya pun menyepai sama la perbualan isteri karkun dgn anak karkun ni.. huhu..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...lama sungguh la x singgah di blog nenek.....bo tahan jugak ye nenek ni....hehehe
    Amboi dashat juga ye ct tu....tp nenek lagi dashat!!!:)

    ReplyDelete