Sunday, October 18, 2009

Salam

Pernah tak kereta kena block dengan kereta lain. Biasa berlaku kalau kita gi Klinik yang tak sediakan Parking lot atau parking lot jauh dan kita ngada ngada nak park dekat dengan enterance atau masa gi kenduri kahwin .Nenek biasa alami ini. Kadang kadang kita dah siap nak balik tapi tak boleh keluarkan kereta! kereta dah kena block ngan kereta orang. Jadi untuk menjaga hati tuan punya kereta yang memblock kereta kita tu kita bacakan gurindam ini =

[sebaiknya gunakan pembesar suara barulah gah!!!]


Tuan tuan dan puan puan yang budiman.Dengarlah Tuan, Hamba bicara

Ada jalan dilintangi pokok
Ada parit dilintangi batu

Ada lorong dihalangi semak
Ada angin dihalangi bukit

Ada medan dihalangi musuh
Ada kereta tak boleh keluar

Minta perhatian!!!!
Pemilik kereta merc 5 siries mata bulat kaler meroon nombor plat BBO43
Sila alihkan kenderaan anda kerana kereta tuan telah menghalang kereta kancil yang hendak keluar!

Ok tak macam tu!! Muahahaha

No comments:

Post a Comment